Tuesday, August 30, 2011

Tanjung Pinang, Bintan (Part 2)

Kita sambung cerita bercuti secara mengejut ke Tanjung Pinang.


Hotel yang kami duduk tak de laa nampak grad mana ... 
Tapi memuaskan dengan bilik dan dan sarapan
Cuma perlu bayar RM 52.00 sahaja
Boleh chek di sini -----> Hotel Panorama 

Paling best korang boleh bayar kat hotel menggunakan 
Ringgit Malaysia , Singapore Dollar mahupun Indonesia Rupiah .
Lokasi hotel pun dekat je dengan pantai ...
depan tuh je .. 
tapi kitorang kejar masa .. 
so tak sempat laa nak berendek di tepian pantai... 
lalu-lalu je masa keluar masuk.
Hi hi hi ....






Ok, kat Tanjung Pinang ni dekat dengan Pulau Penyengat
Saya tahu lepas borak-borak ngan Pak Supir tu
So kami pun decide nak melawat Pulau Penyengat.

Kene naik bot lagi tau untuk ke Pulau Penyengat.





Ape yang best tentang Pulau Penyengat ?
Ok Pulau Penyengat ni kecik je
Cuma 30 jam pun dah boleh abes pusing + possing
Betullll....
Tapi pada yang suke sejarah, seni dan budaya
mungkin amek masa yang lama laaa
Kat sinilah Pusat Pemerintah Kerajaan Melayu lama
masa zaman kegemilangan Melayu Riau
Eceh ! Semangat!


Jalan kaki tu tak mungkinlah 
korang boleh sewa beca motor
Beca motor tu mampu bawa 2 atau 3 orang skali jalan
Tak de kat Malaysia . Best !


Bayaran pun murah je.. sorang dalam IDR 30 000.