Thursday, March 22, 2012

Ho Chi Minh City @Saigon (Part 1)

Hye Guys !

Percutian terbaru saya adalah ke Ho Chi Minh City @Saigon :) .

Seronok ke ?

Alhamdulillah ... masih lagi seronok laa dapat berjalan ke negara orang lain. Macammana pun ... tak di nafikan, betullah kata pepatah... "Hujan Emas di Negara Orang, Hujan Batu di Negara Sendiri, Baik Lagi laaaa Negara Sendiri :)"

Kali ni trip ke Vietnam bukan dengan rakan-rakan... dengan famly  .. so tidak laa kami buat gile di sane . Hihihihi

Sebelum ke Vietnam , saya sangat naif tentang keadaan negara perang saudara itu.... saya ingatkan Vietnam macam kampung-kampung je... lebih-lebih lagi masa masuk je kat laluan udara Vietnam , saya nampak sungai yang bercabang-cabang... so memang kompemlah Vietnam ni kampung gile ! Tapi bila dah 5 minit terbang kat atas tu.... barulah saya nampak bangunan yang tinggi-tinggi dan kawasan penempatan yang padat dan luas! Sungguh! Saya tersilap ! *ampunkan saya penunggu guaaaa :P*

Lupe pulak nak cerita ... Kos saya ke Ho Chi Minh City @Saigon selama 4 hari 3 malam adalah

Flight KL - Ho Chi Minh City @Saigon - KL ~~> RM 285.00
(Terima kasih Air Asia !)

Travel Seluruh Ho Chi Minh City @Saigon ~~> RM 300.00
(pakej sewa van + makan tengahari 2 kali)

Hotel ~~> RM 300
( Untuk 3 malam, Belilah di Agoda ! )




Tak mahal kan ??

Sesampainya di Ho Chi Minh City @Saigon kami di sambut oleh Amin, biras kepada Husin (yang contac dari Malaysia namanya Husin) . Hampir setengah jam juga laa tercari-cari .. sebab Lapangan Terbang Tan Son Nhat tu sangat ramai orang. Saya pun tak paham .... rasa cam artis pulok bile berjalan keluar dari airport . Hihihihi .


Nasib baiklaa Amin tu ade tulis sahabat kat kertas , kalau tak maybe kami bercamping di airpot je... Seterusnya kami terus je ke Saigon Pink hotel, masa tu dalam kepala dok memikir .. nama je dah macam comel-comel .... mesti hotel tak berapa nak comel, hahaha but siyes , saya terpukau dengan tatahias hotel Saigon ni.... Luas , cantik dan murah!



Sesudah chek in ... kami di bawa meronda ke kawasan sekeliling.... masa ni lah.. korang akan perasan yang bangunan di Vietnam di bina tinggi ke atas tapi tak lebar ... rumah-rumah pun macam itu...


Tempat pertama yang kami pergi adalah kedai makan ! Lapo seh ! Tapi dok memikir , macammane laaa kedai makan muslim di Vietnam ni ek ? Alaa sama je macam kedai makan kat Malaysia... cuma ruang makan dia kecil , dan memanjang ke atas ! Kami pergi makan kat Halal@Saigon , x payah cerita pun tak pe.. nama restoran ni memang dah glamer dah.. cume satu je laa.. Makanan Halal , memang mahal kat Vietnam.





Berdekatan dengan Halal @ Saigoon ni ade beberapa kedai halal lain.



Kemudian kami ke War Remnants Museum.


War Remnants Museum ni ada 3 tingkat (rasanya) , Kat museum perang ni .. kita boleh tengok bom-bom dulu kala , kapal terbang , jet pejuang , kereta kebal , peralatan perang masa saat antara Vietnam dan AS. Untuk pengetahuan korang peperangan antara Vietnam dan AS yang berlangsung dari tahun 1957 sampai 1975, merupakan salah satu perang terbesar di dunia. Perang yang memakan korban hampir jutaan jiwa manusia .








Gambar Terhilang lak



Banyak pesawat-pesawat perang yang masih elok di pamerkan. 
Boleh terbang or tak ... saya tatau



Dalam muzium




Di samping tu ... korang akan dapat lihat gambar-gambar masa zaman peperangan dulu ... gambar mangsa-mangsa peperangan ketika itu, dan juga mangsa akibat kekejaman apabila peperangan berlaku ... Serius sedih gile, sayu hati saya ... rasa nak nanges pun ade .. but control je... Saya memerhatikan sebahagian Mat Saleh yang ada sama-sama melawat ke War Remnants Museum, ye laa derang tak rasa pape ke.... sebab yang perang dulu tu kan bangsa mereka ... Tau ape yang saya nampak ? Majoroti orang yang ade dalam War Remnants Museum ni menangis ..:'( , Bersyukur betul saya hidup di Malaysia , sesudah perang.. takott ..


Selepas beberapa jam di War Remnants Museum, kami pun balik ke hotel.....

*nanti sambung yer