Tuesday, September 30, 2014

Medan 2.0 by GTCM (27 - 29 September 2014)

Bila dah pegi skali dan uplod gambar yang happening. 
Maka ramai yang request nak ikot our next trip.
Alhamdulillah 2nd trip to medan bawak 40 orang dari Malaysia !

Sebelum naik flite.
Kemain riuh lagi semua orang!


Masyi - Nazirul - Aedy - Syifa
Rindu nak fly dengan derang lagi ~


1 Kapal terbang tu cam kitorang yang punye .
Huhuhuhu


Kali ni trip GTCM di bawa ke :-

1. Sibolangit

Ambil masa hampir 6 jam turun dan naik .
Tapi result dia.... SubhanaAllah...
Sangat-sangat indah....


mestilah ada possing dari ai


air terjun yang tercantik di indonesia


track !
Memang mencabar la....



2. Kolam Abadi

Aktiviti body rafting di kolam yang sangat jernih. 
Macam air mineral.
Dan dapat kita lihat keindahan alam yang cantek.









3. Medan City Tour

Melawat icon Kota Medan.
Istana Maimoon. ;)


Malaysia Tetap Di Hati


Dan yang mesti ada Photo Group !








Thursday, September 11, 2014

Gua Batu Maloi (06.09.2014) Part 2

Apa ada dalam gua ?

Ok jom kita tengok !

memang dah namanya masuk gua, so ade lah dengan ini memang kami kene banyak aktiviti merangkak dan masuk celah-celah batu. Rasa macam tak muat je body yang comel-comel ni. Alhamdulillah.... lepas ! Hampir semua dinding adalah batu-batu besar masa tu dah pikir lemas jugak. Tapi jangan risau , kita masih nampak cahaya luar. Tak la rasa takut sangat.

di suatu celah

di suatu celah yang lain


Dan di suatu celah yang lain lagi.


Kenapa ada tali ?


Yer selain daripada kena merangkak dalam gua berair tu, kita juga akan main panjat-panjat. Ada tempat yang kita kena panjat , kekuatan tangan amatlah di perlukan . Kemmonn... saya pun boleh angkat diri yang berat ini , korang pun boleh punye !


Kaki dan tangan bekerja, sementara otak berfikir.
Sapa kata masuk gua tak kene kerja keras ?


Motif Aedy (yer memang banyak gambar dia je) possing macam tu ?



Untuk sampai ke atas tu, korang kena panjat tau ! 
Haaaaaa panjat pakai tali.
Thumb up !


Pantang berhenti asik laa nak ambil gambar .
Belum sampai jalan keluar pun ni.


Masa ni pun belum sampai jalan keluar.
tapi view sekeliling cam cantek je nak bergambar!
so banyaklaaah membuang masa di situ.






Dah kata pantang nampak kamera.
bergayut kat akar pun nak juga possing
Kalau pergi ke Gua Batu Maloi kat sini memang wajib bergamba.


Dan Alhamdulillah , trip kami habis dengan jayanya dalam masa 4 jam jugaklah . Ada seorang sahaja yang terjatuh , bukan masa memanjat ok , sebab terpijak batu licin.... Yang lain semua ok !  Cuma banyak masa di habiskan masa fikir macammana nak lepas dari batu-batu besar tu. Bila sampai di akhir gua, kami perlu mendaki turun dalam 20 minit ke bawah pula. Nasib baik turun, kalau naik memang penat laaa..


Sampai je bawah , semua orang dah lapar. Alhamdulillah makan tengahari dah di sediakan . Memang sodap laa masak lomak nogori ! Bertambah-tambah semua orang makan !


Kemudian acara ambil gambar ramai-ramai.
memang wajib laa kan !


me and kazen 
tak sangka dia pun minat aktiviti canni
hohoho, tau tau je nama dia ade dalam list peserta.


Admin GTCM.
yang sama-sama menjayakan trip redah gua kali ini !

Terima kasih semua !





Tuesday, September 9, 2014

Gua Batu Maloi (06.09.2014)

Trip ke Gua Batu Maloi ni bukanlah saya yang handle.
Kawan saya yang handle.
Miss Anne.

Ini first time dengar nama Gua Batu Maloi ni.
Memula tu eksaited jugaklah nak pergi.
Tapi makin dekat harinya, saya rasa berdebar.
Siap mimpi-mimpi lagi ...

Mimpi tak boleh bernafas dalam gua tu....
Uishhh takutttt !!!
Rasa nak tarik diri pun ada...
Berbekalkan semangat dari kawan-kawan
dan sisa semangat yang ada, saya pun acah-acah komfident nak ke Gua Batu Maloi.


Aktiviti kali ini di sertai oleh 37 orang peserta dari seluruh Malaysia.
Ada yang datang dari Penang, KL , Johor , Negeri Sembilan dan Melaka.
Memang sporting semua !



Saya dan team bertolak dari KL seawal jam 7.00 pagi.
Konvoi sebanyak 4 buah kereta.

sementara tunggu orang lain sampai kat tol , 
kami posing dulu !



Gua Batu Maloi ni terletak di Negeri Sembilan.
Korang boleh gugel yer !

Pintu masuk Gua Batu Maloi

ruang parking yang banyak


errr kolam ijau. 
saya yang bagi nama...
tatau laa kolam ni function dia apa.

Sampai je kami kat dalam kawasan Gua Batu Maloi tu kami terus makan.
Sarapan di sediakan. Sambal kampung memang tip top !

Lepas tu di sebabkan ramai kali ni... so dah macam tadika jugaklah menguruskan peserta. Semua kene beratur. agar tak jalan berpisah nanti. Ramai yang 1st time masuk ke gua.

Kak Salmah dan Husban.
Peserta Veteran yang osem.
Tak pancit !


Dahlia & Aza ni orang suh beratur sebuk nak selfie pulok!

Sebelum masuk ke gua, kami perlu merentas hutan dalam 1km . Baru lah masuk dalam air dan bermulalah segala rasa yang ada.

Muka excited nak masuk gua.

paras air masa itu.
Orang kata masa ni air sedang-sedang ok laa.. tak tinggi tak melata #eh

terindu pulak nak ke sini lagi.
InsyaAllah saya cuba uruskan trip ke sini lagi pada tahun 2015 !
Kenapa Tahun  2015 ? Sebab dah hujung-hujung tahun ni
takut air naik... tak elok pegi air terjun.