Wednesday, November 12, 2014

Projek Kasih Gelandangan (09.11.2014)

Secara tiba-tiba saya terpaksa menguruskan satu projek amal .





Projek Kasih Gelandangan.





Pada mulanya projek ni di anjurkan oleh kawan saya dari sebuah NGO lain. 
Tapi last minit beliau tarik diri atas alasan tertentu.
Maka terkontang kantinglah saya....



Mana tidaknya 





Saya dah iklan  kat semua group whatsapp GTCM dan group lain yang saya joint.

Orang-orang yang berminat dah bank-in duit






Dah hantar pakaian terpakai ke rumah saya

Beg dan kasut terpakai.
Ramai dah bagi nama nak joint 
Nak dan tak nak saya kene teruskan juga !

Komitment dari semua memang owsem !



bergambar dalam lift kat umah saya
ni lah orang-orang kuat saya untuk Projek Kasih Gelandangan

Mereka berkampung di rumah saya dari tengahari

untuk packing balik baju-baju dan memasak.
Kami bergerak dari Ampang secara konvoi sebanyak 8 kereta
dan seramai 20 orang jugak laah...


Orang-orang kuat Projek Amal ni
Ina - Wawa - Chiko - ShaGek

Kami berkumpul di belakang Menara Maybank .
Dan geng yang menunggu di sana hampir 30 orang lagi termasuk geng BMX !

Alhamdulillah...

Boleh laa pecahkan pada 3 kumpulan dan yang pasti kene gerak mengikut kumpulan.



ok ni semua menyemak je
bukan geng bebudak BMX




Yang ni semua betul bebeudak BMX kecuali akak baju Ijau tu.




Walaupun ni 1st time saya handle

Mereka bagi kepercayaan kat saya
Rasa sangat-sangat terharu





Hampir 80 orang yang sertai projek amal ni.
Sambil makan-makan kat tepi jalan tu
(eceh cam kami lak gelandangan) 
kami berbincang dulu hala tuju pemberian barang-barang gelandangan.
Udahlaa saya ni baru je pindah ke KL (baru 2 tahun) memang tak laa hapal peta KL. 
Sib baik ade mereka-mereka ni semua. 


Dah stat bergerak

Bawak bekal masing-masing


Bukan setakat yang kitorang masak je
Ada persendirian lain yang hantar air dan roti untuk di bahagikan 
Alhamdulillah......
Moga bertambah rezeki mereka yang menderma ni semua.

Bebudak (bukan la budak woiih, bapak budak pun ade) BMX pun turut serta.
derang kata kalau next time buat lagi 
derang nak joint!


Golongan-golongan Gelandangan yang nampak je kitorang bawak bungkusan
terus serbu cam tetau je ade bahagian mereka


Sempat jugaklaa duduk sama-sama ngan derang dan interview derang



Pantang nampak kamera derang ni.
Stresss !



ni pon sama !








Alhamdulillah projek ini berjalan dengan lancar. .  . 
Cuma ade 1 je la kecelakaan.
1 orang peserta kene tampar ngan gelandangan. 
Maybe sebab masa dia letak makanan tu ... 
gelandangan tu ingat dia nak curik harta kot .
Or mungkin gelandangan tu memang kurang waras...


Macammana pun lepas siap bagi makanan tu semua kami tetap berkumpul balik dan re-cap balik ape yang x patut.... apa yang x puas hati... apa yang boleh di perbaiki...

Dan yang buat saya terharu.





Semua suruh buat lagi

InsyaAllah ye korang.





Mungkin kita boleh jadikan bende ni aktiviti bulanan .


Aminnnn
Mudahan Allah merahmati niat murni kita semua ;)