Monday, March 14, 2016

JJCM HATYAI 4.0

Kali ni 11-13 March 2016 JJCM Hatyai telah di adakan untuk kali ke 4. Seramai 24 orang peserta yang terlibat.


bus 2+1 yang sangat selesa



Selalu kami sampai di Bandai Hatyai jam 10 pagi , tapi kali ni jam 1 tengahari memandangkan cuti sekolah baru bermula dan ramai pula orang  Malaysia yang ke sana.

Tapi tak pe... kitorang tetap enjoy !!! 

Floating Market yang populer di Hatyai.



Patung Duyong yang orang dok gebang, ce carik mana satu ?

Perkampungan Gajah.
Boleh naik gajah, bergambar dengan gajah dan bagi gajah makan.




last sekali mestilah projek mengurut.
Thailand memang terkenal dengan massage
tapi kene try semua kedai baru dapat mana satu yang sedap
banyak sangat kedai urut kat sane 

Tuesday, March 1, 2016

Trip rushing Pekan Baru.


Nurul - Chiko - Kak Moon - Hada
 Bergambar depan airport.

Kebetulan AA buat murah naaaa untuk ke Pekan Baru.
Well sebelum ni dengar Pekan Baru bukan laa ade pape yang best pun... 
so tak minat laa nak g .
Ni saje-saje nak pangkah peta indonesia..
so sambar je la tiket dan menuju ke Pekan Baru.



Masjid Annur .
Tujuan nak bersunset di depan Masjid ni..
Terleka pulok dalam Mall Pekan Baru.. 
So pergi Maghrib je la kat sini
Jauh gak laa jalan dalam 1-2km dari Mall Pekan Baru



Angkutan Kota.
murah je.. 
Dalam Rp 8.000 seorang dari Hotel ke Pasar Bawah





Turun-turun je dari flite ade sekumpulan pelajar thailand bawak megi berkotak-kotak

Kami dok usha je dari jauh.
Pastu derang bagi 2 keping !!.

Tuuu dia !
Megi Ruski Perisa Tomyam




 
 
Antara jualan di pasar bawah.

Seperti biasa kalau ke Indonesia, saya borong kain je la..
maklumlah kerja kene pakai baju kurung.
dan di sini cantik-cantik dan murah
Dalam RP 100.000 pun boleh dapat.


 

Kalau g indonesia , selain Ayam Penyet...
sile order ikan gurame bakar / goreng
Perghhhhh sedap giler. 
Kami makan di merata tempat. Selagi boleh!
Bangunan-bangunan kat sini cantik-cantik dan menarik.
Yang paling menarik shopping je la.
Dan kedai-kedai makan malam di Jalan Sudirman.



Dah penat jalan 1 Pekan Baru , Kami pun ke Spa...
urut kaki RP 80.000
Urut muka 60.000
Urut badan dalam RP 140.000.


  


Hotel Kitorang duduk.
panjang ke belakang.. Bilik pun ok.


 
Balik je Malaysia terus lepak kat Pizza Pizza Cyberjaya.
Yumm Yummeh !


Walaupun sekejap je, tapi puas hati semua kami dapat ! 
makan , jalan , shoping , lepak , spa ... perghhh !!!



Surprising !
Pekan Baru menarik juga untuk di lawat.
Kota perindustrian dan banyak tempat shopping yuhols !

Jangan kata akak tak payung !

Sunday, January 31, 2016

Kelas DSD by GTCM


Amboi tajuk, poyo sangat ni ... GTCM pun ade handle kelas Discover Scuba Dive untuk mereka-mereka yang nak belajar Dive. 

Well memanglaaa ade yang kata ape barang di kolam... nampak tile je... tak pe kami tak kisah soksek-soksek tu .. asalkan niat kami baik.... ade je orang-orang yang belum kompiden nak masuk laut terus.. kat sinilah kami ajar cara-cara pernafasan , cara-cara menggunakan alatan Dive dengan betul, cara-cara bahasa isyarat , cara-cara handle gabra kite... 

Ade lesen pun tak tentu lagi awak tau guna equipment dengan betul . ye ke idok ? Ade jugak orang yang 1st time turun DSD ke laut , memang 'KE LAUT" sampai instructor nak kene hadap dia je... boleh muntah instructor tu .. Tapi lepas tu boleh la eksen sebab dah turun laut.




Kelas DSD kami di adakan di Kem Tekali Hulu Langat dengan bantuan DM serta instructor yang bertauliah. Derang sangat-sangat sporting dan banyak layan kerenah setiap peserta yang datang.





Peserta paling muda . 
Mak dia memang sporting gile.
Sebelum bagi derang terjun kolam , mereka di ajar cara-cara nak bukak pasang peralatan Dive tu.. Kalau nak refreshment kene buat bebenda ni ye . Jangan tau nak sedut je ! So sesapa yang dah kering sisik pun boleh join kami.


Bile dah ade level komfiden, kemahin lagi adik ni amek gamba siap baring-baring lagi yuhols ! Dia memang berani, akak-akak yang lain tengah terkial-kial dia dah advance.




walau dalam kolam , kite ade test-test yang akan kite jalankan . so takde la bosan sangat... Gambar dugong kaler-kaler pun ade kite tampal dalam ni .
Penyu pun ade.. korang boleh usap-usap penyu tu .


Setelah tamat sesi DSD , kami sediakan sijil sekali. Boleh la buat collection dan riak sket.




dan saya ? 
saya sebagai manager , dok swimming ke hulu ke hilir je...
tak dive pun .
malas ! Hihihi





Bayaran untuk DSD adalah RM 100.00 seorang
Kami sediakan minum pagi dan sarapan
Sijil juga diberikan
Kolam renang yang sangat luas dan sedalam 15 kaki.
tempat lain ade ??

Thursday, July 30, 2015

Trip JJCM Hatyai 2.0

Trip JJCM Hatyai 2.0 Mak Ko Ij0o !

Terbuka kepada kawan-kawan yang ada saka melantak, kaki makan, gemok & kurus.

Kita serang Hatyai lagi !!!

Peringatan :

1. Ini adalah weekend short trip, tidak perlu ambil cuti. TIDUR DALAM BUS (perjalanan pergi & balik) TIDUR KAT HOTEL (masa kat Hatyai)

2. Bas akan bertolak dari KL (Puduraya) pada malam Jumaat (04.09.2015)

3. Bas pulang dari Hatyai jam 7 petang Ahad (06.09.2015) dan dijangka tiba di Puduraya pada jam 4am Isnin (07.09.2015)

Tarikh: 4,5 & 6 September 2015
Bayaran: RM 250 (Deposit RM 100.00)

Pakej termasuk:-
Tiket bas, hotel, floating market tour, nasihat pemakanan, nasihat cara buang duit tepi jalan, nasihat pemilihan anak ikan (🙈)

Whatsapp:-
012445Ida Hariyani
013289Chiko Azreen

Tuesday, July 21, 2015

Cara Memohon Visa Ke India

Leceh betullaaa..... bila pikir-pikir pasal VISA ni.

Visa perlu ada untuk melawat India okey !
Dah la tu , mahal pulok. Haihhhh.

Visa ke India lebih kurang dalam  RM168.00 kalau kene denda tambah la RM 20.00.So korang leh standby duit RM 200.00 untuk bawak pergi ke India Visa Centre tu. Kalau ade lebih sket boleh syoorru kat bawah tu. Derang kata Bryani dia sedap.

*** walaupun dalam website kata proses visa ni 3 hari , janganlah kite melengah-lengahkan masa . Buatlah seawal 2 minggu ke... agar tidak berlaku adegan menangis tepi pasu. huhuhu



Memula ...


Korang boleh buka website www.indiavisacentre.com.my.


Sila baca panduan untuk dan buka website https.//indiavisaonline.gov.in/visa/ dan isi kat maklumat korang kat sini https://indianvisaonline.gov.in/visa/indianVisaReg.jsp untuk permohonan secara on-line.


*************



1. Adalah lebih baik dokumen rujukan ada bersama korang semasa mengisi borang on-line , ye laa... no.passport, tarikh tamat, alamat di India, alamat rujukan waris siap-siap sebelum mengisi dan lain-lain.. dia akan minta alamat ke india nanti.Jika tourist,letak alamat hotel yang nak menginap.
Banyak detail kena isi dan antaranya tanda lahir (visible birth mark),jika ada letaklah.Jika tak,taip je none "


2. Yang buat permohonan ni,selalunya akan salah adalah surname dan given name.Sebab kita ragu-ragu nak letak bin ke binti.


Bagi nama,contoh Ali bin Ahmad-cara mengisi  ialah:



Surname : Binti Ahmad
Given Name : Ali



3. Kemudian port arrival,port depart.Yang kat airport mana kita tiba di india dan kat airport mana kita berlepas dari india nanti.Kemudian,nationality kita,adakah oleh kelahiran atau naturalization (macam jus soli tu),jd isi yg by birth tu la.

4. Then,gambar.Sediakan gambar 2x2 inci dan latarbelakang putih.Senang je kan.Bagi yang nak guna kaedah upload photo ke dalam form pun boleh (hardcopy kena ada gak).Tapi kalau tak,sediakan hardcopy je.



5. Travel itenary.Sediakan roughly itenary.
Contoh,:
Day       Tarikh           Location           places of stay
 1         27/3/ 13        Pahalgam          Beach house pahalgam

Masukkan je sightseeing ke,touring srinagar ke hapa.
*** Tapi yang ni sediakan standby,ada yang kaunter tak ambil pun itenary ni. Tapi alamat tempat menginap memang dia nak alamat lengkap. So senang and simple gugel jelah ! Walaupun ko nak duk hotel lain kat sana nanti.


6. Kemudian hantar borang tu secara online.Permohonan kita akan diproses dan salinannya akan dihantar melalui email kita.Jadi lepas hantar borang tu secara online,ia akan auto generate berserta no.permohonan dan bar code.Download dan print borang tu.


******************  
rujukan : blog ini

Bile dah isi online visa ni,dia akan auto filing borang semasa kita nak cetak borang. Just tinggal kita hantar untuk serah borang permohonan visa ni, passport, gambar dan duit bayaran visa.http://www.indiavisa.com.my/malay.php Permohonan kita akan diproses dan salinan di hantar ke email kita. No Permohonan akan di generate bersama barcode.



*** kalau korang salah isi borang, korang kene denda RM 20.00 dan tayah sesusah nak on-line balik , derang akan isikan .

saya belum lagi nak p buat VISA ni , padahal ujung bulan depan nak p Hyderabad. Stress laaa tak banyak info pasal routes sana. Maybe sebab bahasa nye saya tak paham hahahaha

oklah sambung study.

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri Buat GTCM'ezz



Salam Aidilfitri Buat Semua GTCM'ez !

Maaf atas segala kelalaian kami sepanjang trip-trip GTCM dan whatsapp group :-} 

— feeling blessed.

Monday, July 13, 2015

Projek Kasih Ramadhan Gelandangan 2.0

Alhamdulillah , dengan rezeki Allah saya berkesempatan lagi meng-arrange Projek Kasih Gelandangan 2.0 pada bulan Ramadhan yang baraqah ini. Kali ini projek kasih gelandangan kali ni kami bergabung dengan Persatuan Sekolah Abg Rock (one of ahli GTCM ~ Gang Travel Club Malaysia). Kali ni kami lebih kepada memberi pakaian . Sebab banyak pulak yang bagi makanan akhir-akhir ramadhan ni.




Kami berkumpul di Kawasan Masjid Negara lebih kurang jam 12.00 tengah malam dan sambil menunggu ahli-ahli lain datang , kami re-packing pakaian-pakaian yang nak diberikan mengikut spesifikasi . ewah ! Dan lebih kurang jam 1.30 pagi baru kami bergerak ke kawasan yang berhampiran dan kemudian konvoi dengan lebih 20 biji kereta meronda bandar Kuala Lumpur . Kipidap guys !



Kali ini agak lama masa yang kami ambil , berbanding masa buat kali pertama dulu, kami mencari port yang gelandangan kurang mendapat perhatian. Sebab terlampau ramai yang berebut pahala hujung Ramadhan , maka kelihatan makanan berbondon-bondon kat tepi-tepi gelandangan tu... 




Selesai jam 4.30 pagi , kami pun menuju ke Dataran Merdeka untuk upacara sahur beramai-ramai...... kemudian balik dan tido.

penat gak laa weh ! Hahaha


Friday, July 10, 2015

Projek Kasih Ramadhan Palembang 2015











Bismillahhirrahmanirrahim.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Girls Travel Club Malaysia (GTCM) , Backpackers Buddies Malaysia (BBM) & BPI Palembang yang telah menjayakan & terlibat secara rasmi atau tidak rasmi dengan Projek Kasih Ramadan ke Panti Asuhan di Palembang. 



 

acara repacking barang-barang yang nak bagi 


Misi kami sebagai duta-duta kecil ke Palembang berjaya dengan membawa 115kg lugage & masing-masing hampir 7kg handcary yang mana selain pakaian , kami bawa gula, alat tulis, baju-baju milo dan keperluan lain.

Walaupun bulan puasa, alhamdulillah tak halang matlamat walaupun cuaca Palembang agak panas hokey!


 
 wakil ketua daripada GTCM dan BPI Palembang

 



 
Ahli-ahli GTCM yang berikan buahtangan

Kunjungan ke Panti Asuhan Amanah memberi seribu erti kepada mereka. Bilang Hajah Fatimah , mereka jarang menerima kunjungan dan ini kali pertama wakil Malaysia datang menghulur bantuan. Alhamdulillah..... 



Bersama dengan pengasas Panti Asuhan , Hajjah Fatimah.

Gambar beramai -ramai depan Panti Asuhan

with Anak-anak Panti Asuhan

Kerjasama dengan pihak BPI Palembang sangat best! Mereka sangat friendly.

Bolehlah menatap gambar, jangan kata chiko tak payung! :p




Lepas melawat Panti Asuhan kami berbuka beramai-ramai :)