Thursday, July 30, 2015

Trip JJCM Hatyai 2.0

Trip JJCM Hatyai 2.0 Mak Ko Ij0o !

Terbuka kepada kawan-kawan yang ada saka melantak, kaki makan, gemok & kurus.

Kita serang Hatyai lagi !!!

Peringatan :

1. Ini adalah weekend short trip, tidak perlu ambil cuti. TIDUR DALAM BUS (perjalanan pergi & balik) TIDUR KAT HOTEL (masa kat Hatyai)

2. Bas akan bertolak dari KL (Puduraya) pada malam Jumaat (04.09.2015)

3. Bas pulang dari Hatyai jam 7 petang Ahad (06.09.2015) dan dijangka tiba di Puduraya pada jam 4am Isnin (07.09.2015)

Tarikh: 4,5 & 6 September 2015
Bayaran: RM 250 (Deposit RM 100.00)

Pakej termasuk:-
Tiket bas, hotel, floating market tour, nasihat pemakanan, nasihat cara buang duit tepi jalan, nasihat pemilihan anak ikan (🙈)

Whatsapp:-
012445Ida Hariyani
013289Chiko Azreen

Tuesday, July 21, 2015

Cara Memohon Visa Ke India

Leceh betullaaa..... bila pikir-pikir pasal VISA ni.

Visa perlu ada untuk melawat India okey !
Dah la tu , mahal pulok. Haihhhh.

Visa ke India lebih kurang dalam  RM168.00 kalau kene denda tambah la RM 20.00.So korang leh standby duit RM 200.00 untuk bawak pergi ke India Visa Centre tu. Kalau ade lebih sket boleh syoorru kat bawah tu. Derang kata Bryani dia sedap.

*** walaupun dalam website kata proses visa ni 3 hari , janganlah kite melengah-lengahkan masa . Buatlah seawal 2 minggu ke... agar tidak berlaku adegan menangis tepi pasu. huhuhu



Memula ...


Korang boleh buka website www.indiavisacentre.com.my.


Sila baca panduan untuk dan buka website https.//indiavisaonline.gov.in/visa/ dan isi kat maklumat korang kat sini https://indianvisaonline.gov.in/visa/indianVisaReg.jsp untuk permohonan secara on-line.


*************



1. Adalah lebih baik dokumen rujukan ada bersama korang semasa mengisi borang on-line , ye laa... no.passport, tarikh tamat, alamat di India, alamat rujukan waris siap-siap sebelum mengisi dan lain-lain.. dia akan minta alamat ke india nanti.Jika tourist,letak alamat hotel yang nak menginap.
Banyak detail kena isi dan antaranya tanda lahir (visible birth mark),jika ada letaklah.Jika tak,taip je none "


2. Yang buat permohonan ni,selalunya akan salah adalah surname dan given name.Sebab kita ragu-ragu nak letak bin ke binti.


Bagi nama,contoh Ali bin Ahmad-cara mengisi  ialah:



Surname : Binti Ahmad
Given Name : Ali



3. Kemudian port arrival,port depart.Yang kat airport mana kita tiba di india dan kat airport mana kita berlepas dari india nanti.Kemudian,nationality kita,adakah oleh kelahiran atau naturalization (macam jus soli tu),jd isi yg by birth tu la.

4. Then,gambar.Sediakan gambar 2x2 inci dan latarbelakang putih.Senang je kan.Bagi yang nak guna kaedah upload photo ke dalam form pun boleh (hardcopy kena ada gak).Tapi kalau tak,sediakan hardcopy je.



5. Travel itenary.Sediakan roughly itenary.
Contoh,:
Day       Tarikh           Location           places of stay
 1         27/3/ 13        Pahalgam          Beach house pahalgam

Masukkan je sightseeing ke,touring srinagar ke hapa.
*** Tapi yang ni sediakan standby,ada yang kaunter tak ambil pun itenary ni. Tapi alamat tempat menginap memang dia nak alamat lengkap. So senang and simple gugel jelah ! Walaupun ko nak duk hotel lain kat sana nanti.


6. Kemudian hantar borang tu secara online.Permohonan kita akan diproses dan salinannya akan dihantar melalui email kita.Jadi lepas hantar borang tu secara online,ia akan auto generate berserta no.permohonan dan bar code.Download dan print borang tu.


******************  
rujukan : blog ini

Bile dah isi online visa ni,dia akan auto filing borang semasa kita nak cetak borang. Just tinggal kita hantar untuk serah borang permohonan visa ni, passport, gambar dan duit bayaran visa.http://www.indiavisa.com.my/malay.php Permohonan kita akan diproses dan salinan di hantar ke email kita. No Permohonan akan di generate bersama barcode.



*** kalau korang salah isi borang, korang kene denda RM 20.00 dan tayah sesusah nak on-line balik , derang akan isikan .

saya belum lagi nak p buat VISA ni , padahal ujung bulan depan nak p Hyderabad. Stress laaa tak banyak info pasal routes sana. Maybe sebab bahasa nye saya tak paham hahahaha

oklah sambung study.

Friday, July 17, 2015

Salam Aidilfitri Buat GTCM'ezz



Salam Aidilfitri Buat Semua GTCM'ez !

Maaf atas segala kelalaian kami sepanjang trip-trip GTCM dan whatsapp group :-} 

— feeling blessed.

Monday, July 13, 2015

Projek Kasih Ramadhan Gelandangan 2.0

Alhamdulillah , dengan rezeki Allah saya berkesempatan lagi meng-arrange Projek Kasih Gelandangan 2.0 pada bulan Ramadhan yang baraqah ini. Kali ini projek kasih gelandangan kali ni kami bergabung dengan Persatuan Sekolah Abg Rock (one of ahli GTCM ~ Gang Travel Club Malaysia). Kali ni kami lebih kepada memberi pakaian . Sebab banyak pulak yang bagi makanan akhir-akhir ramadhan ni.




Kami berkumpul di Kawasan Masjid Negara lebih kurang jam 12.00 tengah malam dan sambil menunggu ahli-ahli lain datang , kami re-packing pakaian-pakaian yang nak diberikan mengikut spesifikasi . ewah ! Dan lebih kurang jam 1.30 pagi baru kami bergerak ke kawasan yang berhampiran dan kemudian konvoi dengan lebih 20 biji kereta meronda bandar Kuala Lumpur . Kipidap guys !



Kali ini agak lama masa yang kami ambil , berbanding masa buat kali pertama dulu, kami mencari port yang gelandangan kurang mendapat perhatian. Sebab terlampau ramai yang berebut pahala hujung Ramadhan , maka kelihatan makanan berbondon-bondon kat tepi-tepi gelandangan tu... 




Selesai jam 4.30 pagi , kami pun menuju ke Dataran Merdeka untuk upacara sahur beramai-ramai...... kemudian balik dan tido.

penat gak laa weh ! Hahaha


Friday, July 10, 2015

Projek Kasih Ramadhan Palembang 2015











Bismillahhirrahmanirrahim.

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat Girls Travel Club Malaysia (GTCM) , Backpackers Buddies Malaysia (BBM) & BPI Palembang yang telah menjayakan & terlibat secara rasmi atau tidak rasmi dengan Projek Kasih Ramadan ke Panti Asuhan di Palembang



 

acara repacking barang-barang yang nak bagi 


Misi kami sebagai duta-duta kecil ke Palembang berjaya dengan membawa 115kg lugage & masing-masing hampir 7kg handcary yang mana selain pakaian , kami bawa gula, alat tulis, baju-baju milo dan keperluan lain.

Walaupun bulan puasa, alhamdulillah tak halang matlamat walaupun cuaca Palembang agak panas hokey!


 
 wakil ketua daripada GTCM dan BPI Palembang

 



 
Ahli-ahli GTCM yang berikan buahtangan

Kunjungan ke Panti Asuhan Amanah memberi seribu erti kepada mereka. Bilang Hajah Fatimah , mereka jarang menerima kunjungan dan ini kali pertama wakil Malaysia datang menghulur bantuan. Alhamdulillah..... 



Bersama dengan pengasas Panti Asuhan , Hajjah Fatimah.

Gambar beramai -ramai depan Panti Asuhan

with Anak-anak Panti Asuhan

Kerjasama dengan pihak BPI Palembang sangat best! Mereka sangat friendly.

Bolehlah menatap gambar, jangan kata chiko tak payung! :p




Lepas melawat Panti Asuhan kami berbuka beramai-ramai :)

Saturday, June 6, 2015

BBQ di Kalumpang Resort

Rasa macam dah lama tak jalan-jalan .

Padahal kalau orang lain tengok jadual saya sebulan 2 , 3 kali jugak berjalan.
so sebab kaki dah gatai yang amat, saya pun saje-saje buat trip BBQ Kalumpang.

Planning addhock , so kami pun pergi mengejut cam tu je la. jadi sapa-sapa yang free je ikot saya terjah.





Tengok si Joe, Tourguides Medan tu melepak di Kalumpang Resort buat saya terasa nak berendam di situ. Kat belakang rumah saya (Hulu Langat) memang banyak je air terjun, tapi nak cari yang boleh tenggelam badan. Bukan setakat cicah montot je kata orang. Hihihi





Kawan lama , dekat 4 tahun tak jumpa dan terus derang ikot p Kalumpang. Apa lagi.. sambil rendam-rendam macam-macam cerita keluar.









 kami masak sendiri ok !




Thanks pada semua yang hadir .



Nanti kita g lagi ok!

Monday, June 1, 2015

Trip 2015 GTCM : YOGJAKARTA (24-27 JAN 2015) Part 3


DAY II 




Salah sorang buddies possing depan trasport kami


selepas sarapan di hotel , kami meneruskan perjalanan ke Pacitan , sebuah wilayah kecil di Jogja. Tak ramai orang tahu tempat ni ... Tapi sebab saya pernah pergi tahun lepas , so kali ni saya bawak others to tepat ni jugak !

Perjalanan ke Pacitan ambil masa 3 jam lebih. Biasalah jalan di Indonesia bukan macam jalan di Malaysia. Tak de highway yang boleh korang pecut 110km/jam .

Mula-mula kami ke Gua Gong.




Gua Gong ni kononnya Gua Terindah No. 2 di Asia . Gua Terindah No. 1 di Asiaadalah Gua Maharani. 

Wauuuu di asia okeyh ! Bangga laaaa jap !






bergamba depan pintu masuk Gua Gong

Nak masuk ke dalam gua kena ada lampu picit , sebab keadaan gua yang agak suram . So ade lahh beberapa penjaja kecil yang sewa / jual lampu picit kecil ... Sebabkan skang ni kan dunia IT , kitorang banyak pakai aplication android "tourchlight" je. Hihihihi






        




Gua yang warna-warni dan masih lagi belum populer di kalangan pecinta-pecinta wisata alam yang rare. Rasanya di kalangan indonesian pun tak pergi lagi menjengok Gua Gong ni.




Nak kata luas, tak de lah luas sangat pun Gua Gong ni.. kat mana masuk, kat situ juga keluar. Cuma a bit panas laa sikit ... Tapi dont worry , ada kipas kat setiap-setiap pit stop. Dan jangan risau .. korang still boleh bernafas... Hey kemmonn.. tak panas tak advanture la !




macam biasa , aktiviti possing secara berumpulan.


Selepas puas ambil gambar di sekitar Gua Gong , kami pun bergerak ke Klayar Beach untuk Lunch sambil menikmati keindahan alam yang tak kan sama di kawasan lain. Ahhh nikmatnya..............






Kami lunch di  sini , Rumah Makan & HomeStay Larasati , Pantai Klayar .
atas bukit dan pemandangan cantik !


us . rindu .

view dari atas , Pantai Klayar.
Untuk ke bawah tu korang leh je jalan kaki. tak jauh pun...
or kalau malas macam saya, naik laaaa ojek .
bayar 5ribu rupiah.

Mitos Pantai Klayar.

Pantai Klayar.
Cantik !! This is my 2nd time here.


Apa yang saya boleh cakap Pantai Klayar adalah antara pantai yang cantik di 
Indonesia dan belum lagi banyak di kunjungi oleh orang ramai.
  





 ada air pancut dari bawah ke atas.
kalau ke Pantai Klayar tak sah kalau tak tunggu air tu keluar dari bawah.
acctually air laut yang terhasil daripada pergerakan ombak yang lalu di bawah tapak tempat kami berdiri tu yang menyebabkan air pancut.
Tapi syokkk wooo !



Ombak kat sini sangat deras ok !
Masa ni kau nak fefeling "ombak jahat" boleh la hahah


  
The best is naik mendalah ni sebab pasir kat situ sangat halus.
Jasad yang berat ni , skali pijak je boleh jerlus parat lutut. 
hahaha malas nak jalan !



....... next...

15.30 - 16.00  Klayar - Banyu Tibo Beach
16.00 - 17.00  Banyu Tibo Beach ( Sunset )
17.00 - 19.30  Banyu Tibo - Wonosari
                Dinner

20.00 - 21.00  Stay Overnight At Wonosari