Monday, July 13, 2015

Projek Kasih Ramadhan Gelandangan 2.0

Alhamdulillah , dengan rezeki Allah saya berkesempatan lagi meng-arrange Projek Kasih Gelandangan 2.0 pada bulan Ramadhan yang baraqah ini. Kali ini projek kasih gelandangan kali ni kami bergabung dengan Persatuan Sekolah Abg Rock (one of ahli GTCM ~ Gang Travel Club Malaysia). Kali ni kami lebih kepada memberi pakaian . Sebab banyak pulak yang bagi makanan akhir-akhir ramadhan ni.




Kami berkumpul di Kawasan Masjid Negara lebih kurang jam 12.00 tengah malam dan sambil menunggu ahli-ahli lain datang , kami re-packing pakaian-pakaian yang nak diberikan mengikut spesifikasi . ewah ! Dan lebih kurang jam 1.30 pagi baru kami bergerak ke kawasan yang berhampiran dan kemudian konvoi dengan lebih 20 biji kereta meronda bandar Kuala Lumpur . Kipidap guys !



Kali ini agak lama masa yang kami ambil , berbanding masa buat kali pertama dulu, kami mencari port yang gelandangan kurang mendapat perhatian. Sebab terlampau ramai yang berebut pahala hujung Ramadhan , maka kelihatan makanan berbondon-bondon kat tepi-tepi gelandangan tu... 




Selesai jam 4.30 pagi , kami pun menuju ke Dataran Merdeka untuk upacara sahur beramai-ramai...... kemudian balik dan tido.

penat gak laa weh ! Hahaha


No comments: